Sukan 2010

Sabtu, 25 Disember 2010

Mesyuarat Guru 2011 Kali Pertama (Gambar)





Mesyuarat Guru 2011 Kali Pertama

Pihak Pengurusan Sekolah Kebangsaan Binjul memulakan sesi 2011 dengan Mesyuarat Guru 2011 kali pertama bagi persediaan dan taklimat untuk sesi persekolahan akan datang. Kehadiran semua guru memberikan gambaran bahawa sesi 2011 akan lebih cemerlang untuk sekolah ini. Encik Anuar selaku guru besar SK Binjul telah menyampaikan pesanan dari pihak JPN dan PPD agar diberi perhatian oleh para guru selaku pelaksana. Dasar dan pembaharuan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti KSSR dan MBM MBI telah diberi perhatian serius oleh ahli mesyuarat. Diharap tahun 2011 akan terus cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya bagi mencapai sasaran 2013.